Financial Aid

Bantuan Kewangan

Bantuan kewangan untuk meringankan beban anda:

  • PTPTN

    • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi National (PTPTN) adalah satu badan di bawah kementerian pendidikan , di mana ia menyediakan pinjaman pendidikan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat institusi pendidikan tinggi. Pinjaman PTPTN membolehkan pelajar untuk membayar secara keseluruhan ataupun sebahagian yuran dalam tempoh masa pembelajaran mereka.

  • KWSP

    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1951, membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991. Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri atau anak-anak di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.